Friday, 28 November 2014

CHOCOLATE!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera sayangku sekalian! :) 
Pada hari ini saya akan berceritakan tentang lawatan sambil belajar saya ke muzium coklat pada 20 Nov 2014.

 Muzium coklat tersebut terletak di no 2, Jalan Teknologi 3/5 Selangor Science Park 1 Kota Damansara. Saya berkumpul di hadapan Kolej PTPL bersama-sama dengan rakan-rakan kolej saya dan kami bertolak pada pukul 1.00 tengah hari dengan menaiki bus yang disediakan.

Sebaik-baik sahaja tiba di kilang tersebut  kami disambut dengan tangan terbuka oleh pengurus pemasaran dan promosi muzium tersebut. Selepas itu, kami telah dibawa melawat seluruh muzium dan diberi penerangan tentang sejarah penubuhan muzium coklat secara ringkas tapi jelas. Pihak muzium menggunakan konsep 3E  dimana kami telah diberikan serba sedikit pendidikan interaktif. Kami juga telah diaajar tentang manfaat coklat kepada kesihatan diri. Terdapat juga banyak seni coklat buatan tangan yang menarik yang kami lihat. Sebelum mengakhiri lawatan, pihak muzium juga telah membuat satu tutorial membuat coklat dan memberi kami peluang untuk merasa coklat yang dibuatnya dengan percuma. Selepas itu, kami juga diberi perluang untuk membeli coklat dengan harga murah untuk dibawa pulang.



Gambar saya di muzium coklat


Biji koko


Penerangan tentang buah koko


Penerangan tentang sejarah dan pengembaraan buah koko





Seni coklat buatan tangan

Sebelum mengahiri cerita saya, kepada semua yang takut makan coklat tu sebab gemuk tu jangan risau sebab....



Sampai disini sahaja cerita tentang pengalaman saya melawat muzium coklat. maaf jika terkurang matlumat. Sekian terima kasih. :*




No comments:

Post a Comment